tabung kahwin, klik ini!

Tuesday, August 14, 2018

SUSAHNYA MENJADI LEMBUT

Bukan lembut dari segi perwatakkan ya.

Tapi lembut dari segi hati.

Lagi kita lembut lagi orang pijak kepala kita.

Kita ni bukannya bodoh.

Tapi disebabkan nak bagi awak tak malu sendiri, kita bagi awak menang.

Sebab memang sifat awak untuk berlagak pandai.

Tak kira apa awak buat dekat kita tapi akhirnya kita masih datang tolong awak waktu susah.

Bila awak buat kita, kita tak sampai hati nak buat awak balik.

        aigoooooo

Bila nak berubah awak???

Tak semua orang yang lembut hatinya macam saya tau.

Dapat yang jenis balas dendam, merasa la awak.

Doa saya semoga awak rasa apa yang saya rasa 🙂

Monday, August 13, 2018

IBU

Always Love You - Tori Kelly

Aku terfikir tentang perasaan seorang ibu. Anak ramai tapi takda yang menyenangkan. Takda yang faham perasaan dia.

Layakkah kita sebagai seorang anak dilahirkan.

Seorang ibu tahu apa yang anak dia perlukan. Mana anak dia yang paling perlukan perhatian. Mana anak dia yang boleh berdikari.

Seorang anak takda hak untuk pertikaikan perasaan seorang ibu.

Semalam bila benda ni jd, ak terdetik untuk berfikir,
terguriskah hati seorang ibu?
sedihkah seorang ibu?
apa perasaaan seorang ibu waktu ni.

Layakkah anak buat ibu dia tak lena tidur malam sbb fikirkan dia. mana anak pergi. apa anak buat. selamat ke dia dkt luar sana.

Apa perasaan seorang anak bila orang cakap ‘MAK TAK AJAR KE?’.

Apa salah seorang ibu?

Ibu nasihat berbuih-buih, berbakul-bakul hasilnya kosong.

Apa yang korang nak seorang ibu buat.
                Rotan?
                Seksa?
                Bunuh?

Dah cukup seorang ibu bagi didikan kepada seorang anak.

Masa untuk anak tentukan mana yang baik dan tidak.

TOLONG jangan salahkan ibu kerana kesalahan seorang anak.

Pernah satu masa aku pernah berfikir,
sayang ke anak kepada seorang ibu

Kadang-kadang bila kita tgk orang lain kurang ajar dgn mak dia. Kita jadi marah. Kita pertikaikan. Tapi nampakkah kita dengan apa yang kita buat dkt mak kita.

Sedar diri

Pandang cermin dan kata dkt diri kita,
   pernah ke aku buat ibu sedih.
                pernah ke aku buat ibu kecewa.
                pernah ke aku buat ibu kecil hati.

Ak, belum jadi ibu tapi ak nampak perasaan seorang ibu tu melalui mak 🙂


Monday, February 23, 2015

susahkan orang

semenjak dua menjak ni banyak sangat masalah yang menimpa ak. jadi ak banyak susahkan orang-orang  yang di sekeliling ak. bukan niat ak nak susahkan diorang tp nak buat macam mana itu aje yang dapat menyelesaikan masalah ak. kadang-kadang terifikir ikhlas ke diorang bantu ak. betul ke ak tak ada cara lain selain susahkan diorang. perlu ke ak susahkan orang.

sifat ak memang malu nk susahkan orang. klu ak nk susahkan orang, ak akan elak untuk terlalu susahkan diorang. so diorang akan tak terlalu rasa terbeban. selagi ak boleh kurangkan rate beban tu ak akan kurangkan. dengan harapan mereka akn tolong ak dan tak rasa terpaksa untuk tolong ak.

untuk korang2 yang dh terbiasa susahkan orang, ak nasihatkan untuk buat perkara yang sama ak buat ni. sbb kalau korang terlalu susahkan orang takut orang yg nak tolong tu rasa terbeban dan tak ikhlas bantu korang. NAK KE MACAM TU? ikhlas tu penting okayh. untuk keselesaan kita yang menyusahkan orang ni juga kannn.

dan bila dah selalu susahkan orang itu jangan plak nak belagak bila dah senang. tolong balas balik jasa orang yang tolong kita tu. jangan ingat bila korang dah senang, korang takkan susah balik. sebab malang tu tak berbau. jangan nanti dah jatuh terduduk tak ada siapa yang nak tolong lagi. kesian dkt diri sendiri.

bagi ak, ak jenis yang layan orang macam mana orang tu layan ak. so, kepada sesiapa yang pernah tolong ak, jangan teragak-agak untuk susahkan ak kalau korang ada masalah. ak pasti akan bantu korang. confirm. tapi itu pn kalau ak dapat bantu lah. IN SYA ALLAH ak akan bantu.


Tuesday, July 22, 2014

PEREMPUAN

music : doa dhuha - unic

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM
ilmu yg saya terima harini.
sharing is caring.

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye, mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. takda pokok, takda sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.

ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangkakala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri, dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi. kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh, musa, isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash. masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kite ke syurga. kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mula hisab, Allah suruh kite baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. takda satu pun tertinggal. lepas habis bace Allah akan tanye kita 3 soalan.
1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2)tak ingat
3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti.
Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang. Bukan juga simply boleh masuk dengan baik sorang2. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti.
Amin....

ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali.

Golongan orang2 yg baik, apabila dia membaca sesuatu yg bermunafaat serta mendapat sedikit ilmu, dia akan sebarkan...aminnnn...