tabung kahwin, klik ini!

Monday, August 13, 2018

IBU

Always Love You - Tori Kelly

Aku terfikir tentang perasaan seorang ibu. Anak ramai tapi takda yang menyenangkan. Takda yang faham perasaan dia.

Layakkah kita sebagai seorang anak dilahirkan.

Seorang ibu tahu apa yang anak dia perlukan. Mana anak dia yang paling perlukan perhatian. Mana anak dia yang boleh berdikari.

Seorang anak takda hak untuk pertikaikan perasaan seorang ibu.

Semalam bila benda ni jd, ak terdetik untuk berfikir,
terguriskah hati seorang ibu?
sedihkah seorang ibu?
apa perasaaan seorang ibu waktu ni.

Layakkah anak buat ibu dia tak lena tidur malam sbb fikirkan dia. mana anak pergi. apa anak buat. selamat ke dia dkt luar sana.

Apa perasaan seorang anak bila orang cakap ‘MAK TAK AJAR KE?’.

Apa salah seorang ibu?

Ibu nasihat berbuih-buih, berbakul-bakul hasilnya kosong.

Apa yang korang nak seorang ibu buat.
                Rotan?
                Seksa?
                Bunuh?

Dah cukup seorang ibu bagi didikan kepada seorang anak.

Masa untuk anak tentukan mana yang baik dan tidak.

TOLONG jangan salahkan ibu kerana kesalahan seorang anak.

Pernah satu masa aku pernah berfikir,
sayang ke anak kepada seorang ibu

Kadang-kadang bila kita tgk orang lain kurang ajar dgn mak dia. Kita jadi marah. Kita pertikaikan. Tapi nampakkah kita dengan apa yang kita buat dkt mak kita.

Sedar diri

Pandang cermin dan kata dkt diri kita,
   pernah ke aku buat ibu sedih.
                pernah ke aku buat ibu kecewa.
                pernah ke aku buat ibu kecil hati.

Ak, belum jadi ibu tapi ak nampak perasaan seorang ibu tu melalui mak 🙂


No comments: