hari ni kelas sampai pukul 10.30 pagi je. so apa lagi. lepas abes kelas kami pergi meronggeng melepak berjalanjalan di tecso melaka. waktu jalanjalan tetiba ada pakcik abang seorang lelaki ajak ktorg pergi satu booth ni untk dengar bebelan dari rakan dia tentang 1 kad ni. korang pernah dengar tak kad zikir? ala, kad yg boleh guna untk dapatkan diskaun klu nk pergi holidays and macammacam lagi lah. pernah dengar x? tapi yg aku kena dengar ni laen skit. yg ni kad narsqo. kad ni sama macam kad zikir tapi cuma dh upgrade jadi kad narsqo. hah, faham x? faham kan.
sebenarnya sebelum ni kawan aku dh ramai macam tertipu sbb beli kad ni. yela bayar sampai RM299 tapi x guna pun. dorang sebuk kecohkecoh dkat kelas yg dorg beli kad zikir ni. && aku yg x tertipu lagi ni x,cited lah dengar sebb takut tertipu. huhu.
mulamula waktu lelaki tu panggil ktorg, ktorg tak syak pun tu agen kad zikir. sebb ktorg x lalu pun dpan booth dorg. tetiba kena panggil. so, ktorg yg ada perasaan ingin tahu ni pun ikut jela dia. bila tngk banner dkat booth dorg ada kad zikir, ingt nk lari je. tapi tak sampai hati sbb dorg dh beria bercerita. hee~ ktorg tipu dorg yg ktorg dh ada kad zikir. tapi dorg tahu yg ktorg tipu sbb ktorg tak ada num id. gila. mmng aku x tahu la num id aku apa. hee~ then, dia terang punya terang punya terang pasal kad narsqo ni lastlast ktorg cakap yg ktorg kena minx approval dari parents. yelah even dah 21 YO still need approval dari parents kot. mana tau dorng penipu ke kan. parents mesti tahu current issues kan. dalam masa yg sama kad narsqo tu mahal. RM299. mmng x lah aku nk beli. bila aku cakap nk minx approval parents dia marah aku pulak. ada ke patut. sukati aku lah klu aku nk minx approval parents. pastu bila aku cakap nk suruh parents aku yg beli. dia marah jugak. aish, x faham aku. then bila kawan aku yg sememangnya dh tertipu cakap kad zikir ni x guna [maksd dia, kita sebagai student x ada kad narsqo pun x apa]. dia cakap yg kawan aku ni penghasut pendengki. saja xnk bagi ktrorg pakai kad narsqo ni. sorry la bang. i believe my friends more than u lah. hee~ lastlast aku terangterang cakap yang aku xnk beli kad tu. then aku tanya website company narsqo tu. nak lihatlihat tntng company tu. tetiba dia buat muka benggang dia sambil cakap "nak website buat apa, bukan dapat harga promosi pun. beli sekarang je kan bagus. murah". lastlast aku decide untuk blah sahaja dngn muka selamba badak. lantak kau lah bang. aku minx website x nk bagi. tapi jangan risau bang, uncle google ada.
p/s; aku tak kata yg kad narsqo ni tipu. tapi x best la cara abg tu terangkan dkat ktorg pasal kad narsqo ni. cuba guna bahasa yg sopan skit. aish, saket hati tau. kesian kawan aku, x pasalpasal dpt nickname si penghasut. haha. ehh, kepada korang yg dh guna kad zikir o kad narsqo ni. gtau la skit pasal baik dan buruknya guna kadkad ni. boleh tmbh info. hee~
2 comments:
aku benci betul dgn salesman-salesman mcm ni. diorang ni bukan nak persuade ke apa, tapi more kepada paksa kita soh beli. sebab orang2 mcm diorang ni lah customer taknak dekat dgn salesman2 yg lain walaupun tak semestinya sume salesman suka paksa-paksa kan. hish, geramm.
sy pendengki~ yeay.
haha.
ps ; muka kacak tp bodoh amat!
Post a Comment