tabung kahwin, klik ini!

Sunday, July 10, 2011

act like a 'LADY', think like a 'MAN' (satu)

cinta lelaki terbahagi kepada tiga (3) perkara. the three P's of love - profess (memberi kenyataan), provide (memberi nafkah) dan protect (memberi perlindungan). 


profess (memberi kenyataan) --> seorang lelaki mungkin tidak menemani kamu pergi membeli baju baru untuk ke pesta tetapi lelaki sejati akan menemani kamu ke pesta itu, pimpin tangan kamu dan memperkenalkan kamu kepada semua orang yang kamu adalah temannya.

provide (memberi nafkah) --> dia mungkin tidak mengusap tangan kamu ketika kamu sakit tetapi lelaki sejati akan memastikan yang ubat kamu cukup, masakkan sup dan pastikan keadaan kamu kembali pulih.

protect (memberi perlindungan) --> dia mungkin kurang sedia menukar lampin bayi, cuci pinggan mangkuk, urut kaki kamu selepas mandi tetapi lelaki sejati yang mencintai kamu akan sanggup mendaki gunung dan meredah lautan samudera bagi menyelamatkan kamu dari dicederakan atau disakiti.

sekiranya kamu (kaun wanita) memiliki seorang lelaki yang sanggup melakukan ketiga-tiga perkara ni hanya untuk kamu, percayalah dia sudah cukup sempurna.

(steve harvey (edisi bahasa melayu), 2009)

1 comment:

Dapur Makmie said...

wah. apasal ini jiwangs? hihi. good. nice one.