tabung kahwin, klik ini!

Showing posts with label sigadis malu. Show all posts
Showing posts with label sigadis malu. Show all posts

Monday, February 23, 2015

susahkan orang

semenjak dua menjak ni banyak sangat masalah yang menimpa ak. jadi ak banyak susahkan orang-orang  yang di sekeliling ak. bukan niat ak nak susahkan diorang tp nak buat macam mana itu aje yang dapat menyelesaikan masalah ak. kadang-kadang terifikir ikhlas ke diorang bantu ak. betul ke ak tak ada cara lain selain susahkan diorang. perlu ke ak susahkan orang.

sifat ak memang malu nk susahkan orang. klu ak nk susahkan orang, ak akan elak untuk terlalu susahkan diorang. so diorang akan tak terlalu rasa terbeban. selagi ak boleh kurangkan rate beban tu ak akan kurangkan. dengan harapan mereka akn tolong ak dan tak rasa terpaksa untuk tolong ak.

untuk korang2 yang dh terbiasa susahkan orang, ak nasihatkan untuk buat perkara yang sama ak buat ni. sbb kalau korang terlalu susahkan orang takut orang yg nak tolong tu rasa terbeban dan tak ikhlas bantu korang. NAK KE MACAM TU? ikhlas tu penting okayh. untuk keselesaan kita yang menyusahkan orang ni juga kannn.

dan bila dah selalu susahkan orang itu jangan plak nak belagak bila dah senang. tolong balas balik jasa orang yang tolong kita tu. jangan ingat bila korang dah senang, korang takkan susah balik. sebab malang tu tak berbau. jangan nanti dah jatuh terduduk tak ada siapa yang nak tolong lagi. kesian dkt diri sendiri.

bagi ak, ak jenis yang layan orang macam mana orang tu layan ak. so, kepada sesiapa yang pernah tolong ak, jangan teragak-agak untuk susahkan ak kalau korang ada masalah. ak pasti akan bantu korang. confirm. tapi itu pn kalau ak dapat bantu lah. IN SYA ALLAH ak akan bantu.


Saturday, July 23, 2011

happy birthday to me

bila tiba hari jadi kita, mesti fb akn melambak2 dengan wish happy bufday. bila baca wish dorang rasa macam gembira sangat. sbb masih ada lagi orang yang nak wish bufday kita. :) rasa terharu pun ada. x kesahlah klu dorang wish bufday kita sbb ada reminder fb yang ingatkan dorang. yang penting dirang masih ada hati nak wish. hee~ terima kasih lah untuk korang2 yng wish ya. walaupun korang punya bufday aku x wish, korang tetap wish dkat aku. terima kasih yeah. :)

hah, ada juga yang wish thru message. bila bangun pagi je tngk hp dah melambak2 message wish bufday. sangat gembira. dahlah semalam kepala pening nk mampus. pukul 8.30 dah berkeruh. sampai message masuk pun x sedar. hee~ terima kasih. baca wish yg korang2 sama ada thru fb o message mmng terada macam gembira sangat. walaupun x ada hadiah, doa korang pun jadilah. sebb bila baca wish2 korang terasa macam disayangi pulak. hee~ *perasan sekejap* bila tengok ramai yang wish, baru tahu masih ada yang sayang. :)

"ya allah ya tuhanku, kau berikanlah aku kejayaan di dunia dan di akhirat, kau jadikan lah aku hamba mu yang sentiasa disenangi dan kau jadikanlah aku hambamu yang matang untuk menjalani kehidupan didunia ini. amin."

Sunday, July 10, 2011

act like a 'LADY', think like a 'MAN' (satu)

cinta lelaki terbahagi kepada tiga (3) perkara. the three P's of love - profess (memberi kenyataan), provide (memberi nafkah) dan protect (memberi perlindungan). 


profess (memberi kenyataan) --> seorang lelaki mungkin tidak menemani kamu pergi membeli baju baru untuk ke pesta tetapi lelaki sejati akan menemani kamu ke pesta itu, pimpin tangan kamu dan memperkenalkan kamu kepada semua orang yang kamu adalah temannya.

provide (memberi nafkah) --> dia mungkin tidak mengusap tangan kamu ketika kamu sakit tetapi lelaki sejati akan memastikan yang ubat kamu cukup, masakkan sup dan pastikan keadaan kamu kembali pulih.

protect (memberi perlindungan) --> dia mungkin kurang sedia menukar lampin bayi, cuci pinggan mangkuk, urut kaki kamu selepas mandi tetapi lelaki sejati yang mencintai kamu akan sanggup mendaki gunung dan meredah lautan samudera bagi menyelamatkan kamu dari dicederakan atau disakiti.

sekiranya kamu (kaun wanita) memiliki seorang lelaki yang sanggup melakukan ketiga-tiga perkara ni hanya untuk kamu, percayalah dia sudah cukup sempurna.

(steve harvey (edisi bahasa melayu), 2009)

Sunday, June 19, 2011

the boringness of work

pada minggu2 awal bekerja mmng rasa macam fun sangat. banyak benda baru yg aku belajar. cari tender, buat quotation dengan marah2 pekerja lain yg x buat kerja. hee~ dalam masa yg sama, dapatlah jugak aku jejalan dekat area ampang && jejalan tengok2 tempat yg best dekat ampang. oh, disebabkan kerja jugak aku dapat lari dari bebelan umie yg 24 jam x henti-henti 2. tapikan bila kerja 1 bulan *macam x caya je dah kerja 1 bulan* macam boring pulak, yelah, asyik kena buat benda sama je. hari-hari pun buat invois && quotation, hari-hari pun cari tender dan hari-hari pun marah pekerja lain yg x buat kerja. erm, dan disebabkan terlampau boring, aku membenarkan diri untuk melayan facebook di ofis. *bila boss x ada jelah aku berani bukak facebook* bila bukak facebook, aku tngk sedara aku punya status pasal game2 dkat facebook. mula-mula rasa mcm mls nk layan je game2 tu. tapi tetiba macam terdetik plak nk cuba. tapikan tapikan, bila dah cuba rasa addicted plak. bila dh addicted hari2 pun maen game. hee~ so, sekarang dkat tempat kerja dah tak boring dah sbb dah ada aktiviti baru. sekarang tak lagi hari2 buat invois && quotation, tak lagi hari2 cari tender && tak lagi hari2 marah pekerja lain yg x buat kerja sbb banyak game dalam facebook yg aku boleh layan. antaranya :



Sunday, May 29, 2011

the past and present of we

twodoubleninefive

1) dulu kami kurus
2) dulu kami manja
3) dulu kami nakal
4) dulu kami tadika
5) dulu kami tak rapat
6) dulu kami suka gaduh
7) dulu kami comot
8) dulu kami tak matang
9) dulu kami tak kuat makan
10) dulu kami x ada facebook

twozeroten

1) sekarang kami gemuk
2) sekarang kami berdikari
3) sekarang kami degil
4) sekarang kami kolej/universiti
5) sekarang kami rapat
6) sekarang kami saling rindu
7) sekarang kami comel
8) sekarang kami matang
9) sekarang kami kuat makan
10) sekarang kami ada facebook

but, the same past and present about us is we always love our ayah && emak. TV Baby emoticon


Wednesday, May 25, 2011

duapuluhlima mei

hari ini semua budak uitm mengelabah online. yelah, hari ni hari keramat kot untuk budak2 uitm. mana tak nya hari ni lah hari penentuan sama ada dorang berjaya atau tak untuk usaha dorang untuk final exam untuk sem lepas. aku pun termasuk jugak lah orang yang mengelabah online. balik kerja terus online bukak email. sekarang kan uitm dah upgrade sistem. sekarang x payah nak masuk student portal untuk tengok result. sebb result akan dihantar dekat email students. itupun klu students ada update dia punya profile lah. klu macam aku, aku mmng dah 3 sem berturut2 dapat result through email. itu pun sem lepas baru aku perasan yg aku dapat email. hee~. klu dpat result through email lagi cepat kot. yelah, dlam pkul 12 pagi mesti dah dapat result. klu guna student portal alamatnya kena tunggu pukul 9 pagi lah. itupun klu server x problem macam dulu yg aku cite tu. klik sini. menyirap je. 

ohh, disebabkan hari ni semua bebudak uitm dah boleh tengok result. penuh pulak dkat fb berstatuskan result.
 aku pun x ketinggalan jugak buat status tentang result. hee~
oh yeah, ada  budakk ni siap buat status mintak aku belanja lagi. hee~ sbb aku pernah janji dkat dia yg klu dia DL aku akn belanja dia. so, dengan baek hati && mulia nya terpaksalah aku tunaikan janji aku.at least dengan aku berjanji dengan dia, dia akan jadikan janji tu sebagai satu cabaran. dan akhirnya dia berjaya. yelah, asyik cakap nak DL je. nah, sekarang amik kau, bila cakap nak belanja baru dapat DL eyh. hee~ congrates dpat DL.

BTW, sangat bersyukur sebab boleh grad on time. result yg aku dpt pun sangat memuaskan. terima kasih lah kepada semua lecturer yang dah ajar aku untuk sepanjang pengajiaan aku untuk diploma dkat uitm melaka. jasa lecturer sangat-sangat penting buat aku untuk berjaya. :)


Wednesday, May 11, 2011

bulan may

lepas abes final && puas balas dendam untuk berjimbajimba, tiba masa balik rumah. dah bila sampai rumah terus jumpa kakak. terus bodekbodek. "k.mira, boringlahh duduk rumah. dah lah sorang je. apa kata tolong orang cari kerja" membodek sambil membuat muka secomel abess. *x payah buat muka comel pun dah comel. :) HAHA!!  ayat yg dkat atas tu jelah yg akan sentiasa dibibir kalau jumpa dengan k.mira. macam desperate gilaa. hee~ mmng tengh desperate pun. kalau x cari kerja awal-awal mati kutu plak aku kena dduk rumah duapuluhempat jam. boleh darah tinggi. yelah, umie aku kuat bebel plak. dah lah aku sorang je ada dkat rumah. mmng aku jelah yg kena aim dengar bebelan. 

akhirnya, hari isnin aritu aku g interview. nak kata interview x macam interview sbb x payah resume and x payah jumpa individu dalam bilik. hee~ aku dapat kerja ni pun sbb cousin aku punya boyfriend punya abg punya company nak pakai kerani. sangat nervous doe. dah lah x ada experience. nak cancel macam sayang je sbb klu x mula dari sekarang bila lagi aku nak ada experience. hopefully i can do my best. :) oh yeah, boleh plak lepas interview yg x macam interview tu aku hulur tangan nak salam dkat dia. macam x boleh bla. dah lah aku perempuan. hulur tangan dkat lelaki . alim plakk. terus dia senyum sambil cakap xpe2. malu doe. BLUSHINGBLUSHING. niat aku bukan nak menggatal yer. cuma macam takut dia cakap "pergh, aku dah bagi kerja bukan main sombong lagi kau x nak salam" hee~ 

Wednesday, April 27, 2011

studytestfinaldanjimba

selepas sudah puas memerah kerajinan untuk membaca buku. alhamdulillah. akhirnya, selesai sudah waktu yang dinanti. waktu selesai menghadapi segala jenis paper final exam untk setiap subjek yg dipelajari pada sem ini. sangat lega. lega hati. lega otak dan lega akal. semakin hari semakin hampir dengan tarikh yang terpaksa dihadapi dengan sedih. *sedih ke?* hari yang terpaksa meninggalkan kawankawan seperjuangan yang tinggal berjauhan dari kuala lumpur tempat tinggalku. dan juga terpaksa meninggalkan adikadik kejiranan yang juga tinggal berjauhan dari kuala lumpur tempat tinggalku. dan dengan gembira dan sukanya, aku akan menghadapi harihari terakhir ini dengan mereka selama yang boleh agar kepuasan bergembira bersama akan memberi kepuasan yang maksima. kenangankenangan manis, pahit, suka dan duka akan sentiasa kekal dihati yang suci ini. *hatii yang sememangnya suci. :)*.
rakanrakan seperjuangan yang dikasihi
*yang x dikasihi sila sedar diri*
adikadik kejiranan yang disayangi.
*tiada yang tidak disayangi*

Friday, April 08, 2011

umie rindu sayalah. :)

dulu kecikkecik selalu kena marah dengan umie. kena tarik telinga, kena pukul dengan hanger, kena kurung dkat luar rumah, kena cili mulut, macammacam lagilah. wahh, banyak pulak senarainya. hee~ umie ni garang orangnya. tengok keninglah. hehe. dulu kalau kami adik-beradik ada dirumah hidup umie akan tidak senang. mana taknya, kalau kamikami balik rumah pasti kamikami akan buat umie membebel 24 jam. naek berdarah telinga. hehe. kamikami kalau duduk satu bumbung pasti akan  bergaduh. biasalah adik-beradik. selalu gaduh pasal nak tengak siaran tv yang beza, pasal malas kemas bilik. pasal tak nak basuh baju && macammacam lagilah. && time gaduhgaduh nilah bebelan umie akan bergema disegenap penjuru dan ruang yang ada walaupun ruang sebesar kuman. tapikan semalam umie call. umie tanya kenapa tak balik. oke, obvious gila yang dia rindu aku. mana taknya tak pernahpernah dia call tanya kenapa tak balik. haha. bila aku tanya dia rindu aku ke tak, dia jawab "a'ah lah rindu, rindu nak dengar awakawak gaduh." omaigee. sangat terkejut. first time kot umie cakap umie rindu. ee, malunya. blushingblushing. ada juga orang rindu dkat kamikami yang maness ni. :)



Wednesday, March 30, 2011

single and friends

S.I.N.G.L.E.
no boyfriend.
no girlfriend.
no troubles.
no money.
no talk.
hee~

I'm single, not because I don't pray for love. I'm single because I don't play around with love.

sebenarnya bila status kita single ni x adalah boring nah.
lagi-lagi bila kita ada kawan yang sama kepala macam kita.
sama kepala bukan bermaksud kepala sama bentuk bulat o bujur.
tapi perangai yang sama.

minggu lepas pergi jejalan dengan kawan dekat pengkalan balak.
seronok gilak!!
semua orang pergi pengkalan balak dengan girlfiriend o boyfriend, aku pulak pergi dengan kawan.
besh ow pergi dengan kawan ni.
x payah lah nak cover-cover tudung bila angin tiup dengan kencangnya.
nak makan pun x payah nak cover-cover cili dkat celah gigi.
kalau nak capture gambar pun x payah nak cover-cover bila nak lompat tinggi-tinggi.
hee~


ada yang cakap "dengan boyfiee kita boleh buat macam-macam."
makan aiskrim samasama.
g shopping samasama.


alah, sangat pathetic.
macam lah x ada boyfiee x boleh buat macam tu.


hey, dengan kawan lagi besh buat macam tu tau.
dosa pun x dapat.
ingat dengan kawan perempuan sama perempuan x boleh makan askrim samasama..
ingat dengan kawan perempuan sama perempuan x boleh g shopping samasama.
boleh kot.
lagi seronok dari buat dengan boyfiee.


the most important bila single ni x payah kuar duit untuk si boyfiee-yang-keje kikis-duet-perempuan-dan-tak-ada-duet-memanjang-macam-sengal.


for me, bila dengan kawan lebih seronok dari dengan boyfriend.
*ni pendapat aku eyh, kesah plak aku kalau korang x setuju dengan pendapat aku ni*
dengan kawan, aku boleh jadi diri aku sendiri.
dengan kawan, aku rasa macam enjoy and fun gilak.
mana tak nya, orang lalu sebelah kereta je nak "hye".
hehe.
mana nak pergi je, mesti bawa kawan.
kalau x ada kawan macam x perfect.
ala, macam nak g shopping tapi tak pakai seluar. 
hee~
being single isn't a bad thing when you have your friends that make you feel you're in a relationship









Thursday, March 10, 2011

father saya kachak orangnya

ini ayah saya. ayah saya kachak. sebab itu saya maness. memang sangat berkaitkan. HAHA!! saya dapat gambar ayah saya dekat google. glamourkan ayah saya. tengok anak lah kan. HAHA!! ayah saya sangat rajen. rajen kerja. ayah saya tak boleh kalau duduk rumah lama-lama. kalau duduk lama dkat rumah je mesti dia macam gelisah. hee~ agaknya dia boring kot duduk rumah. mana taknya dekat rumah ayah mesti boring kan. yelah, dekat rumah ayah mana ada kawan lelaki. anak ayah semua perempuan. memanglah ayah ada dua orang anak lelaki tapi yang abang duduk rumah bujang dia. && yang adik lelaki pulak duduk dengan emak. kalau ayah duduk rumah tak ada orang nak teman tengok wrestling, bola, dengan cerita perang-perang.

ayah saya sangat garang. garang macam singa. sangat menakutkan. dulu waktu kechik-kechik ayah tak pernah bergurau dengan kami. kami means adik beradik saya lah. hee~ ayah asyik nak buat muka ketat je. ingat lagi, kalau kechik-kechik dulu ayah balik je kami mesti lari naik atas && rebut-rebut masuk bilik pastu kunci pintu buat-buat macam dah tidur. sebab kalau ayah balik je && kalau kami masih ada depan tv mesti ayah akan cakap "eh, pegi naek atas. tidur." sebab tu sampai sekarang macam dah terbiasa. ayah balik je semua lari naek atas. even kalau x ada buat silap pun lari jugak. even baru pukul 8 malam. hee~ kelakarkan. selalunya orang akan lagi suka ayah balik, tapi kami lari kalau ayah balik. itulah salah satu keunikan keluarga saya. sekarang, sejak kami dah jauh dari keluarga, kami dh tak lari naek atas. hee~ kami akan buat tak tahu je kalau ayah balik. buat muka tak bersalah duduk depan tv. hah, && seperti biasa, kami akan tetap disuruh naek atas. kesian kami. dulu, dekat atas ada tv. so, senyap-senyap tengok tv dekat atas. sound bukak perlahan je sebab takut ayah dengar. tapi sekrang dekat atas dah tak ada tv. umie saya dah jadikan atas sebagai bilik jahit dia. hee~ terpaksa lah berserah je kalau ada cite best && tetiba ayah balik konfom-konfom dah tak boleh buat apa. 

saya sayang ayah saya berbillion-billion. disebabkan ayah garang kami telah menjadi manusia. ingat lagi, ayah pernah cakap lembut dengan cucu then kakak saya cakap "ayah lembut-lembut dengan yana baru dia senyum." then ayah saya pun jawab "kalau tak garang nanti tak jadi macam korang." baru saya terfikir, no wonder-lah ayah sangat garang dengan kami. pernah tengok ayah bergurau bukan maen lagi dengan kawan-kawan dia. sangat jelous. tapi nak buat macam mana, betul juga apa yg ayah buat. kalau ayah tak garang, saya tak rasa yang saya adalah saya. terima kasih ayah. ayah adalah lelaki yang paling saya sayang didunia ini.

ayah && cucu kesayangannya.
ayah && cucu kesayangannya.
ayah memang tak mau lepas lah cucu yang satu ni.
kononlah dah lama tak pegang budak.
ayah dengan anak-anak ayah yang maness.
yang lelaki tu abag ipar yea.
p/s; x banyak lah gambar ayah sebab ayah tak suka nak bergambar. 

Tuesday, March 08, 2011

playgirl

Enjoy the wrong man until you get the right one ;)