tabung kahwin, klik ini!

Showing posts with label sigadis hangout. Show all posts
Showing posts with label sigadis hangout. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

check this out girls :)

holla holli cikkebum cikkebum.
gadisgadis dan jejakajejaka di luar sana jika ada kesempatan silalah like page ni. kalau rasa ada nak beli beg untuk diri sendiri atau hadiah untuk girlfriend silalah mencuci mata anda di page ini dan jika rasa mahu mencari produk kesihatan silalah mencuci poket anda di page ini. sila silalah. mana tahu ada yang berminat.
kunjungan anda nanti amat saya hargai.

Friday, September 07, 2012

family's vacay

family's vacation was much fun than what i expected. :)
thanks dad.
love u so so so so so much.

Wednesday, March 30, 2011

single and friends

S.I.N.G.L.E.
no boyfriend.
no girlfriend.
no troubles.
no money.
no talk.
hee~

I'm single, not because I don't pray for love. I'm single because I don't play around with love.

sebenarnya bila status kita single ni x adalah boring nah.
lagi-lagi bila kita ada kawan yang sama kepala macam kita.
sama kepala bukan bermaksud kepala sama bentuk bulat o bujur.
tapi perangai yang sama.

minggu lepas pergi jejalan dengan kawan dekat pengkalan balak.
seronok gilak!!
semua orang pergi pengkalan balak dengan girlfiriend o boyfriend, aku pulak pergi dengan kawan.
besh ow pergi dengan kawan ni.
x payah lah nak cover-cover tudung bila angin tiup dengan kencangnya.
nak makan pun x payah nak cover-cover cili dkat celah gigi.
kalau nak capture gambar pun x payah nak cover-cover bila nak lompat tinggi-tinggi.
hee~


ada yang cakap "dengan boyfiee kita boleh buat macam-macam."
makan aiskrim samasama.
g shopping samasama.


alah, sangat pathetic.
macam lah x ada boyfiee x boleh buat macam tu.


hey, dengan kawan lagi besh buat macam tu tau.
dosa pun x dapat.
ingat dengan kawan perempuan sama perempuan x boleh makan askrim samasama..
ingat dengan kawan perempuan sama perempuan x boleh g shopping samasama.
boleh kot.
lagi seronok dari buat dengan boyfiee.


the most important bila single ni x payah kuar duit untuk si boyfiee-yang-keje kikis-duet-perempuan-dan-tak-ada-duet-memanjang-macam-sengal.


for me, bila dengan kawan lebih seronok dari dengan boyfriend.
*ni pendapat aku eyh, kesah plak aku kalau korang x setuju dengan pendapat aku ni*
dengan kawan, aku boleh jadi diri aku sendiri.
dengan kawan, aku rasa macam enjoy and fun gilak.
mana tak nya, orang lalu sebelah kereta je nak "hye".
hehe.
mana nak pergi je, mesti bawa kawan.
kalau x ada kawan macam x perfect.
ala, macam nak g shopping tapi tak pakai seluar. 
hee~
being single isn't a bad thing when you have your friends that make you feel you're in a relationship









Friday, March 04, 2011

hari terakhir untuk tension

MyEm0.Com  wah, lama dh x update entry. busy dengan assgnment. assngmnt yg susah-nak-mampus. tension sesangat. walaupun soalan nampak senng tapi isi-isi yg perlu ada tetap susah nak cari. hee~
assngmnt telah siap tepat pada masanya. petang ni nk kena present, hope berjaya present dengan success nya.

ohh yeah, disebab kan hari ni hari terakhir untuk tension. aku n kengkawan decide nak pergi camping. eh, nope. bukan camping. tapi bermalam di kuala pilah selama 3 hari 2 malam. macam-macam aktiviti dh keluar dalam kepala otak. x sabar rasanya. MyEm0.Com


Saturday, February 19, 2011

saya memang kuat.

semlm ada trip ke KL. actually bukan KL but INTAN n KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA. yeah, mmng aku baru lepas operation. but, ini hanya minor operation. so, x perlu nk mengedikgedik dduk lamalama dkat hospital yer. haha!! padahal sebenarnya mengedikgedik nak ikut pergi trip. mana x mengedikgedik, klu pergi trip mesti banyak kamera yg akan melakukan tugas masingmasing sebagai kamera. hah, capture sini, capture sana. sukahati dkat mana je yg cantek untuk bergambar kita bergambar. klu x join rugi pulak. hehe. bukan rugi tapi jeles. nnti gambar BFF melambaklambak. kalah i. x suka. x suka. but, aku x ada lah mengedikgedik sangat hari tu sbb kena jaga telinga. kang x pasalpasal operation lagi sekali. dalam hati aku selalu sebut "hijrah, kau kuat kan. tahan yer. saket sikit je tue. klu dduk diam2 mesti tak saket. ah, dah stop talking. nnti bertambah saket." so kena tabah yer. sapa suruh gatal nk ikut g trip. thumbs up for hijrah. hee~

ohmaigeeeee, lupa nk cite waktu dkat wad aritu. dkat wad aritu aku duduk 4 org 1 bilik.semua cina && aku sorg je melayu. even dorg cina dorg sangat baek. tibatiba teringat 1MALAYSIA. hee~ 

oh yeah, gambar wak2 pergi trip belum sampai ketangan aku lagi. so, tunguuuu~~

Sunday, February 13, 2011

kesah telinga lagi [dua]


nowadays, banyak benda yg dibuat hanya ada kaitannya dengan telinga. semalam keluar dating dengan housemate && bukan housemate. bukan dating pergi taman bunga. tapi dating pergi hospital. yelah, bila doktor dah cakap gegendang telinga bocor && perlu berjumpa dengan doktor pakar, aku perlulah pergi dengan secepat mungkinnya kan. so, pagipagi lagi pukul 8 sudah bersiapsiap untuk keluar rumah && jemput bukan housemate. sebelum pegi hospital, aku dah call ayah && umie . yelah, kena lah bincang dulu denga parents nak pergi hospital mana. even dah umur 21 YO, it doesn't mean kita boleh buat decision sendiri. lagilagi bila benda penting macam ni. ayah && umie suruh pergi hospital pantai. so, don't say i don't want && mengadagada nak pergi hospital laen pulak sebab ayah yg bayar bill hospital nnti.  

akhrnya dapat jumpa dengan doktor pakar ENT. Dr. Shaharudin. sangat segak. hee~ seriously wak2 doktor guna kamera kecik untuk tengok gegendang telinga aku, mmng aku terkejut lah. mana tak nya, besar kot lubang nya. nak nanges aku. doktor cakap klu nk tutup lubang tu boleh tapi kena pembedahan lah. so, out of blue i said yess. pergh, sebaek dh bincang dengan parents sebelum pegi hospital. hee~ doktor kata klu x buat pembedahan boleh pekak sbb takut ada kuman o air terkena dkat saraf telinga.

oh yeah, actually macam ni lah rupa gegendang telinga aku. but, yg ni bukan gegendang telinga aku. aku dapat gambar ni melalui encik google. :)


doktor cakap pembedahan akan dibuat pada 16 feb tapi 15 feb pukul 5 petng kena masuk wad sbb nk kena check darah. takut siot. doktor kata klu lepas pembedahan dh rasa tak pening dh boleh keluar wad and i hope so. sebab 17 feb ada buat lawatan ke INTAN. xkn lah aku x ikut. jealous lah nnti. hope pembedahan berjalan dengan lancar.

ohh yeah, even aku saket aku adlh org yg paling hyper.
see, aku sorg je yg lompat hyper kan. :)
ohh, tidak. mereka juga hyper. :)
hah, ni waktu aku tngh selekeh. dh macam alien.
ohh, aku xcited g hospital pakai shawl. mmng sengaja cari pasal kan. yelah dh konfomkonfom klu saket telinga kena buka shawl. mengedik pakai shawl lagi. kan dh selekeh macam alien. bila kawan aku tnya kenapa x pakai tudung readymade aka yg macam tudung makcikmakcik *bak kata kakak yg maria elena ajar*, aku dengan mengediknya jawab x hot lah nnti. whateva. mcm lah aku hot klu pakai shawl. haha. who cares?

Friday, February 04, 2011

bestnya mandi sungai

yah, mandi sungai mmng best. lagilagi klu pergi mandi dengan sedarasedara tergila tersayang. best gilak. dengan air yg deras. air yang bersih. air yg wangi. dan segalagalanyalah. heaven gilak. tapi yang paling x best sebb pasir yg tajam dengan gembiranya menucuknucuk tapak kaki aku. saket plak. luka. tapi ada aku kesah yang saket tu. janji seronok. maen kejarkejar. maen balingbaling bola. maen tampartampar bola. maen tahan nafas and so on lah. HAHA!! besh uh. dah lama kot x mandi sungai. itupun lepas mandi sebab paktam aku ada wat kenduri plus bacaaan yaasin. tapi aku x join bacaan yaasin tu sebab dah terjun sungai. hee~ obvious gila yang aku g sana nak mandi je. x patut betul. huhu. eh bukan nk mandi je, tapi nak mandi && makan sahaja. HAHA!! oh yah, no pictures sebab x ada kamera yang boleh bawak masuk dalam air. hee~

Thursday, January 13, 2011

kad zikir 'aka' kad narsqo

hari ni kelas sampai pukul 10.30 pagi je. so apa lagi. lepas abes kelas kami pergi meronggeng melepak berjalanjalan di tecso melaka. waktu jalanjalan tetiba ada pakcik abang seorang lelaki ajak ktorg pergi satu booth ni untk dengar bebelan dari rakan dia tentang 1 kad ni. korang pernah dengar tak kad zikir? ala, kad yg boleh guna untk dapatkan diskaun klu nk pergi holidays and macammacam lagi lah. pernah dengar x? tapi yg aku kena dengar ni laen skit. yg ni kad narsqo. kad ni sama macam kad zikir tapi cuma dh upgrade jadi kad narsqo. hah, faham x? faham kan. 
sebenarnya sebelum ni kawan aku dh ramai macam tertipu sbb beli kad ni. yela bayar sampai RM299 tapi x guna pun. dorang sebuk kecohkecoh dkat kelas yg dorg beli kad zikir ni. && aku yg x tertipu lagi ni x,cited lah dengar sebb takut tertipu. huhu.
mulamula waktu lelaki tu panggil ktorg, ktorg tak syak pun tu agen kad zikir. sebb ktorg x lalu pun dpan booth dorg. tetiba kena panggil. so, ktorg yg ada perasaan ingin tahu ni pun ikut jela dia. bila tngk banner dkat booth dorg ada kad zikir, ingt nk lari je. tapi tak sampai hati sbb dorg dh beria bercerita. hee~ ktorg tipu dorg yg ktorg dh ada kad zikir. tapi dorg tahu yg ktorg tipu sbb ktorg tak ada num id. gila. mmng aku x tahu la num id aku apa. hee~ then, dia terang punya terang punya terang pasal kad narsqo ni lastlast ktorg cakap yg ktorg kena minx approval dari parents. yelah even dah 21 YO still need approval dari parents kot. mana tau dorng penipu ke kan. parents mesti tahu current issues kan. dalam masa yg sama kad narsqo tu mahal. RM299. mmng x lah aku nk beli. bila aku cakap nk minx approval parents dia marah aku pulak. ada ke patut. sukati aku lah klu aku nk minx approval parents. pastu bila aku cakap nk suruh parents aku yg beli. dia marah jugak. aish, x faham aku. then bila kawan aku yg sememangnya dh tertipu cakap kad zikir ni x guna [maksd dia, kita sebagai student x ada kad narsqo pun x apa]. dia cakap yg kawan aku ni penghasut pendengki. saja xnk bagi ktrorg pakai kad narsqo ni. sorry la bang. i believe my friends more than u lah. hee~ lastlast aku terangterang cakap yang aku xnk beli kad tu. then aku tanya website company narsqo tu. nak lihatlihat tntng company tu. tetiba dia buat muka benggang dia sambil cakap "nak website buat apa, bukan dapat harga promosi pun. beli sekarang je kan bagus. murah". lastlast aku decide untuk blah sahaja dngn muka selamba badak. lantak kau lah bang. aku minx website x nk bagi. tapi jangan risau bang, uncle google ada.  

p/s; aku tak kata yg kad narsqo ni tipu. tapi x best la cara abg tu terangkan dkat ktorg pasal kad narsqo ni. cuba guna bahasa yg sopan skit. aish, saket hati tau. kesian kawan aku, x pasalpasal dpt nickname si penghasut. haha. ehh, kepada korang yg dh guna kad zikir o kad narsqo ni. gtau la skit pasal baik dan buruknya guna kadkad ni. boleh tmbh info. hee~

Thursday, December 16, 2010

tasik permaisuri

sekarang aku sudah sedar bahawasanya aku boleh membuang masa aku dirumah dengan keluar bermain ke taman. napa ayt aku macam skema je? hee~ sekarang setiap ptng aku && kakak && adk akan ke taman. untuk maen badminton. haha.ayat aku mmng skema. please stop it hijrah. klu maen dkat rumah x besh sbb ada je kete yg nk lalu. spoil betul. waktu aku tengah taip entri ni, aku x dapat g taman sbb hujan. hee~ so, dduk umah buat entri baru. haha.

semalam dan dua hari lepas aku && my sis g taman.
n kami ada capture gambar.
"gambar buang tebiat"
lets picture talk ;)



 






Friday, November 26, 2010

buang money day

hey hey hey aku tak percaya cinta.
aku tak percaya cinta.
hey hey hey.
alamak terlebih sudah.
dikala bulan mengambang.
aku kebosann.
dan dngan itu wujud lah entri ini.
entri apa.
entri buang money day lah.
hee.
semalam puas hangout bersama kekasehkekaseh lama.
bukan kekaseh manes atau kekaseh hati.
tapi kekaseh jantung. 
haha.

 ini dia kekasehkekaseh jantung saya.
alamak, x nmpk muka pulak yg sorg ni.
tu lah sapa soh hang tinggi bebeno.

hah, baru nmpk muka.
hee~
karaoke time wif makcik zura aka yun && makcik teyha aka atai.

semlm aku && kekasehkekaseh jantung g jusco. jusco dkat mana adalah rahsia. tolong jangan tanya. dh lama kami x hangout sama. klu aku dngn makcik teyha tu mmng lah selalu hangout sama sbb duduk 1 rumah plus mak dngn ayah pun sama kan. huhu. but dengan makcik zura ni yg dh lama aku x hangout sama. dh berbulanbulan kot. dulu wak2 dia still study dkat uitm shah alam senng lah nk hangout sama sbb time aku && sis aku cuti, dia pun cuti. so nk hangout tu bilabila masa pun boleh. but, after dia masuk UTM tu yg ssh skit tu. klu nk hangout dngn dia mcm nk hangout dengan perdana menteri je. aiyakk~ tesedak dato' seri najib. haha.


makcik zura bawak anak buah dia. so kami terpaksa melayan karenah anakanak buah makcik zura ni. pehh, perangaii mereka sangat agresif yer. kalah mak, nyah oii. lari sana lari sini. eisyh, penat tngok dorg. huhu.

my sis yg terpaksa memegang mereka seerat-erat yg blh untuk mengelakkan mereka menghancurkan segala kasut yg ada dkat kedai vincci tu.

motif utama hangout ialah sbb nk tngok wayang. tapi, x tau nk tngok cite apa. maen redah je TGV. alih2 x ada cite yg menarik hati plus kebanyakannya 18sg. dh la bawa anakanak buah mana boleh tngok cite 18 sg. klu dorg ada misai blh terima lagi. blh tipu yg dorg ni katik. haha. so, last2 decide tngk cite ngangkung. mula2 xnk tngok cite ni sbb takut x besh. ialah mcam cite histeria. beria  nk tngk sbb ingt seram. rupanya hampeh je. huu. bila dh tngok cite tu, rupanya besh pulak. kelakar abes la. paling suka waktu hantu tu menari dkat kereta pastu posing atas kereta. comel. mmng bg lima bintang la dkat cite tu. huhu.

lepas puas tngok wayng kami pergi karaoke plak. karaoke dkat econsave belkang rumah aku. rm10 2jam. puas la jerit, muahaha. nynyi mcm dh setahun x g karaoke. huhu. tapi sebaek aku x frust mcam budak ni. hehe. 

here some pictures for you to see.
hee~

 kerja aku mmng snap gambar je.
hehe.
biarkan org yg bersuara sedap sahaja yg nynyi.
sebaek aku seorg yg sedar diri.

peace no war.

 turn aku nynyi plak.
sila tutup tinge pkai kasut.
hee~

 aku && my sis.
sape lagi comel?
haha.

&& lastly nk bg korg tngok aksi terlampau.
tolong jngn cuba dirumah, toilet atau tempat awam.
v
v

hah, lupa plak. korng nk tau x? sepatutnya pagi semlm aku && kekasehkekaseh jantung ada perjumpaan di lake valley untk menguruskan badan aka jogging. but, disbbkan masingmasing tido lambat terlajak tidur smpai pukul lapan. hee.

Monday, November 01, 2010

lendu --> alor gajah --> lendu --> masjid tanah

bangun pagi gosok gigi. cuci muka. minum kopi. lalalalala~~~ *mmng x ada kena mengena* pagi semalam kena bangun awal. cuba bayangkan. aku kena bangun pukul 7. oh, jangan saya x solat subur plak yer. bangun pagi bukan setakat berus gigi n cuci muka. but, dngn kaki-kaki sekali aku cuci. haha. lepas mndi masak air. motif masak air? nk minum lah. tetiba tekak haus. hee~ aku buat air teh, bukan kopi yer. dkat rumah sewa aku ni xada kopi. klu dkat umah parents (rumah parents kira rumah aku jugakkn) adalah. reasons bangun pagi? sebab ada exam ETR. fundamentals of entrepreneur. yes. boleh jawab dgn agak cemerlang. but, x tau lah result macam mna. hee~ lepas abes exam etr, apa lagi merayap la. a'ah, mmng jauh la aku merayap. *jauh ke, lendu --> alor gajah?* erm, motif g alor gajah? sebb nk beli tiket si ayu housemateku. dia mahu pulang kekampung halaman. rindu famly katanya. lepas ke alor gajah, aku merayap ke masjid tanah pula. oh yer, aku g merayap dngan si ayu housemateku. pergi msjid tanah dngn berlagaknya x pakai seatbelt. badan kuat la katakan. hehe. ondway nk ke masjid tnah, kereta bergerak bertentangan dngn kereta aku, sebuk nk hon2 *betulkn ejaan hon ni?* && pasang lampu tinggi. aku pun apalagi bukak tingkap terus jerit-jerit macam orng gila. "woi jangan nk hon-hon la terkejut la!! lampu tu pun jangan la pasang lampu tinggi pada siang hari ini, silau la!! aku hempuk kang!!!" haha. padan muka. lepas ni mesti fobia nak buat mcm tu lagi. hehe. * tapi betul ke aku ada jerit-jeriit mcm 2?* tetiba terfikir selalunya klu orng hon && buat lampu tinggi, mesti sebb ada xcident or roadblock. so, apalagi buckle your seatbelt. buckle your seatbelt. hee~ hambek kau, gelabah pkai seatbelt. haha. fuhh, sebaek sempat. but, x pasal2 aku terasa gelabah apabila ditanya oleh pakcik polis tersebut. haha. gelabah sampai x tahu nama tempat yg hendak dituju. lagipun, kepada pakcik polis; tolong jangan buat muka macam tu lagi klu jumpa saya. saya x boleh la klu tngok org muka serius ni. boleh x terkeluar suara dibuatnya. kepada ayu; suka kan kau nk gelakkn aku wak2 tengok muka aku neves wak2 pakcik polis 2 tanya aku. x pe. x pe. ada ubi ada batas ada hari beta pasti balas. ngee~~ reansons ke masjid tanah? beli barang dapur ler. klu x ada barang dapur, alamatnya ke mamak la kami. hee~ oke, wak2 di family store masjd tanah. sape penah pergi family store masjd tanah angkat ketiak kaki. dulu mak pernah ckap yg orng melaka ni bahasanya mmng kasar. tapi hatinya baek. tapikn waktu kami dkat family store 2 banyk kali terngiang-ngiang dalam 1 family store yg kereta waja WNM somethng ( x ingt number plak) tlh menghalng laluan && perlu dialihkan. mula-mula ingt kereta aku. mana x nye kereta aku pun kereta waja WNK. hee~ banyak kali kot pihak family store buat announcement. agaknya owner kereta tersebut pekak kot. haha. hah, lupa nk cite pasal pekerja family store pulak. aku rasa mmng la kurang ajar pekerja tersebut. dah lh jln sempit, kau susun barang dkat situ. bila orng ckap tumpang lalu tumpang lalu. kau buat mcm ktorg ckap dngan bulu ketiak kau je. busuk punya orng. sebaek aku x cam muka kau, klau x aku panggil castello belasah kau *mana pulak aku nk cari castello ni?* hah, tau takut. tepi sikit pun x boleh. werk. :p

conclusion; final-final pun sempat lagi kau jerah post entry. klu mak kau tahu ni kecewa beliau tau. "maaf lah kepada parents. saya akan belajar bersungguh yer."

Monday, October 18, 2010

gambargambar



Sebelum ni aku ada buat entry tentang raya kn?? Korng dah baca kn?? Kalau belum sila klik sini. Hah, entri yg ni adalah gambar2 wak2 aku n cousin2 g berjalan kemelaka. 

sila2 lah tatap gambar kami ini



 tetiba rasa nk buang tebiat dngn memanjat batubatu tersebut


peace!!


tenkui to the tourist yg tolong captured gambar ni. 


all cousiee together


girls wiff women


smileeee


jumping no head


me wiff best counsin


no caption


Tuesday, September 14, 2010

raya dekat kampung

raya raya raya. selamat hari raya. hohohoho. sudah kali kedua aku mengucapkan selamat hari raya. hehe. raya tahun ni adlh raya yg paling enjoy sekali buat aku. ops silap. bukan enjoy sekali tapi enjoy abes. haha. but there are still things that make we as well as me feel unhappy. if uall want to know juz read, read && read.

oke. as usual, aku n family akan beraya dikampung belah ayah dkat negeri sembilan. mmng xcited nk balik kg, sbb wak2 raya lah aku akn berjumpa dngn cousin2 aku yg hot n gojess gitu. and as usual also family aku adlh first family yg akn ada dkat kg. but, raya tahun ni diff skit sebb aku yg drve. ayh suruh kami gerak dulu sbb ayh nk g tesco beli barng dapur untk kg. ya, mmng ank mithali. so, besar nnti saya nk jadi mcm ayah saya. hee~~~~ fuyoo, saya drve 45 minit sudah sampai pedas. laju. time dkat hghway my sis asyik ckap "lajunya, perlahanlah skit" ayoo~ saya x rasa mcm bawak laju pun. paranoid la sis saya ni. haha!! myb dia takut sbb saya baru first time drive dkat highway kot. 

sampai saja dkat kg. ow, mmng boring tahap ghaban. sebb cousin2 x sampai lagi. so, kami tunggu punya tunggu akhirnya, yeay, didi dh sampai. yeay yeay didi sampai. muahahahaha. akhirnya sorg lagi askar pawang salleh dh pulang. kami suka. suka sangat2 sbb the more the merrier. mlm 2 kami tak buat apa pun. nk plan untk esok tapi x boleh sbb kami kena tunggu cousin kami yg laen sbb mereka punya plan mesti lagi gempak. 

akhirnya esok nya telah tiba. iaitu hari raya. best. mmng best. hee~ kami pergi beraya dngn abg-abg sedara kami yg x mcm abang pun. maksud saya tak macam abang tu sbb perangai mereka mcam budak-budak bukan sebab mereka adik-adik. maksud saya adik-adik ialah bukan lelaki tulen. oke, awak-awak semua fahamkn apa yg saya tulis. bagus. time kami pegi beraya tu cousin saya iaitu anak pakteh (si azura) belum sampai lagi. mereka samapi petang. lambat lagi. tu yg kami decide nk pegi beraya dulu. hee~~~~~ bye bye azura. kami pergi beraya dulu yer. jangan jeles. huhu. bila dh pergi beraya badan pun penat, so aku decide untk pergi bermimpi dulu. haha. but, bangun je dari bermimpi tengok cousin aku dh bertambah. oh, pakteh dah sampai. suka suka suka && suka. bila pakteh sampai mestilah azura pun sampaikan. haha. waktu ni lah operasi bergambar bermula. oke, posing sana. posing sini. posing mcm ni. posing mcm tu. penat mmng penat.x sabar untk malam tiba sebb nk tidur lah.

bila sampai raya ketiga kami pegi tampin sbb kakak saya bertunang. ow, jadi x sabar pulak nk bertunang. sbb mcm best. haha. blushing && blushing. lepas abes makan semua kami bergerak ke melaka. kami buat konvoi. 7 kereta kesemuanya. tapi x ramai pun yg join sbb every cars cuma ada 2 orng je klu lebih pun sbb mereka ada anak. hehe. mmng best lah. kami pergi a famosa. naik tangga && turun tangga. penat. berpeluh. letih. semua adalah. hee~~~~~ but, bila time ondway ke pengkalan balak, ada pakcik ni langgar kereta aku. saya benci pakcik tersebut. dia sangat berlagak. pakcik seorng polis. pakcik dah langgar kereta saya tapi pakcik nk lari. sebaek didi ada dibelakang kereta pakcik tersebut. time dia nk lari didi hon dan angkat lampu tinggi. didi pangkah kereta dia. hah, padan muka pakcik. pakcik tu datang ke kereta aku dngn muka grangnya. pastu ajak aku buat report polis. apa lagi aku pun panggil lah abng-abng aku yg ikut konvoi tlong aku selesaikn prob ni tapi dorng kata skit je. tapi bila dh sampai rumah aku tengok bumper belakang kereta aku mcm nk jatuh je. one things aku nk ckap untk pakcik tu; "pakcik kn dh langgar kereta saya, ckap la elok-elok. pakcik dh langgar pakcik nk berlagak yg pakcik polis. siap tunjuk kad polis lagi. ada saya kesah ke. klu pakcik dh salah x payah lah nk lari pulak. saya tahu nama pakcik lah. saya sebarkn dkat pesbook baru tau. biar semua orng tau nama pakcik. werk ;P" hah, nk tmbh lg "saya benci pakcik. pakcik buat saya neves thap cipan. sebaek tak gugur jantung saya."

sampai je kedai makn dkat pengkalan balak. pekerja kedai makan tu pulak buat hal. boleh pulak kami kena tunggu 1 jam lebih nak dekat 2 jam lah jugak baru mknn sampai. padahal orng x ramai pun. kami dh lapar thap ghaban. biila makann sampai boleh nasi x cukup pulak. bila nk tmbh nasi, boleh plak suruh kami tunggu lagi sebb baru nk keringkan nasi. makkkk, kami dh lapar. dh x boleh tunggu dh ni. ish. geramnya. makan dkat situ x kenyg so kami order dkat enchik burger. dalam kete boleh makan. hee~~~~ bila dh kenyang makan (kenyang ke? macam x je) kami bergerak ke kuala lumpur. ya, kami ke kuala lumpur sebb esoknya abang-abang dh mula kerja. so, kena balik rumahlah. hee. konvoi yg paling best. unite sangat. hahaha. sampai rumah pukul 1 lebih. sampai je rumah terus tidur. haha. betol, tidur dengan tak mandi n tak tukar baju. haha. 

oh lupa, maaf sebb x dpt nk lampirkn gambar sbb kami bergambar pakai kamera cousin-cousin. so, tunggu saya dpat gambar2 tersebut & saya akan buat 1 entry baru untk gambar tersebut. hehe. thats all, byebye. (sambil lambai lambai)