tabung kahwin, klik ini!

Thursday, January 10, 2019

LELAKI VS PEREMPUAN

Lebih baik perempuan yang materialistik dari lelaki yang materialistik.

Kalau perempuan materialistik paling tidak dia minta duit barang etc dkt lelaki dan memang fitrah lelaki keluarkn duit utk perempuan. Mcm nk jd gentleman la konon kan. Lagipun klu perempuan ni dh jd isteri dan dia masih materialistik takdalah lepas kahwin bila laki dh takda apa dia g Cari laki kaya lain pastu madu kan dgn laki dia kan. Haha. Klu dia sayang laki dia, dia redha jela laki dia takda harta dah sbb dia bukan boleh ceraikan laki dia kannn.

Tapi cuba bayangkan lelaki yang materialistik. Makk aiiii. Boleh berbulu hati kita wakkk. Dah lah dia dh senang lenang dgn harta kita lepastu senang lenang jugak carikan kita madu klu harta kita dh habis. Wah wah wahhhh. Boleh jd lagi satu hal bila dia xnak ceraikan kita dan paksa kita bermadu. Achikkkk dia.

Memang dua2 pon x sepatutnya meterialistik. Ni cuma pandangan seorang perempuan lahh.

Bagi sorang perempuan, lelaki yang kena jaga seorang perempuan. Termasuk dari segi kewangan.

Tuesday, August 14, 2018

SUSAHNYA MENJADI LEMBUT

Bukan lembut dari segi perwatakkan ya.

Tapi lembut dari segi hati.

Lagi kita lembut lagi orang pijak kepala kita.

Kita ni bukannya bodoh.

Tapi disebabkan nak bagi awak tak malu sendiri, kita bagi awak menang.

Sebab memang sifat awak untuk berlagak pandai.

Tak kira apa awak buat dekat kita tapi akhirnya kita masih datang tolong awak waktu susah.

Bila awak buat kita, kita tak sampai hati nak buat awak balik.

        aigoooooo

Bila nak berubah awak???

Tak semua orang yang lembut hatinya macam saya tau.

Dapat yang jenis balas dendam, merasa la awak.

Doa saya semoga awak rasa apa yang saya rasa 🙂

Monday, August 13, 2018

IBU

Always Love You - Tori Kelly

Aku terfikir tentang perasaan seorang ibu. Anak ramai tapi takda yang menyenangkan. Takda yang faham perasaan dia.

Layakkah kita sebagai seorang anak dilahirkan.

Seorang ibu tahu apa yang anak dia perlukan. Mana anak dia yang paling perlukan perhatian. Mana anak dia yang boleh berdikari.

Seorang anak takda hak untuk pertikaikan perasaan seorang ibu.

Semalam bila benda ni jd, ak terdetik untuk berfikir,
terguriskah hati seorang ibu?
sedihkah seorang ibu?
apa perasaaan seorang ibu waktu ni.

Layakkah anak buat ibu dia tak lena tidur malam sbb fikirkan dia. mana anak pergi. apa anak buat. selamat ke dia dkt luar sana.

Apa perasaan seorang anak bila orang cakap ‘MAK TAK AJAR KE?’.

Apa salah seorang ibu?

Ibu nasihat berbuih-buih, berbakul-bakul hasilnya kosong.

Apa yang korang nak seorang ibu buat.
                Rotan?
                Seksa?
                Bunuh?

Dah cukup seorang ibu bagi didikan kepada seorang anak.

Masa untuk anak tentukan mana yang baik dan tidak.

TOLONG jangan salahkan ibu kerana kesalahan seorang anak.

Pernah satu masa aku pernah berfikir,
sayang ke anak kepada seorang ibu

Kadang-kadang bila kita tgk orang lain kurang ajar dgn mak dia. Kita jadi marah. Kita pertikaikan. Tapi nampakkah kita dengan apa yang kita buat dkt mak kita.

Sedar diri

Pandang cermin dan kata dkt diri kita,
   pernah ke aku buat ibu sedih.
                pernah ke aku buat ibu kecewa.
                pernah ke aku buat ibu kecil hati.

Ak, belum jadi ibu tapi ak nampak perasaan seorang ibu tu melalui mak 🙂


Monday, February 23, 2015

susahkan orang

semenjak dua menjak ni banyak sangat masalah yang menimpa ak. jadi ak banyak susahkan orang-orang  yang di sekeliling ak. bukan niat ak nak susahkan diorang tp nak buat macam mana itu aje yang dapat menyelesaikan masalah ak. kadang-kadang terifikir ikhlas ke diorang bantu ak. betul ke ak tak ada cara lain selain susahkan diorang. perlu ke ak susahkan orang.

sifat ak memang malu nk susahkan orang. klu ak nk susahkan orang, ak akan elak untuk terlalu susahkan diorang. so diorang akan tak terlalu rasa terbeban. selagi ak boleh kurangkan rate beban tu ak akan kurangkan. dengan harapan mereka akn tolong ak dan tak rasa terpaksa untuk tolong ak.

untuk korang2 yang dh terbiasa susahkan orang, ak nasihatkan untuk buat perkara yang sama ak buat ni. sbb kalau korang terlalu susahkan orang takut orang yg nak tolong tu rasa terbeban dan tak ikhlas bantu korang. NAK KE MACAM TU? ikhlas tu penting okayh. untuk keselesaan kita yang menyusahkan orang ni juga kannn.

dan bila dah selalu susahkan orang itu jangan plak nak belagak bila dah senang. tolong balas balik jasa orang yang tolong kita tu. jangan ingat bila korang dah senang, korang takkan susah balik. sebab malang tu tak berbau. jangan nanti dah jatuh terduduk tak ada siapa yang nak tolong lagi. kesian dkt diri sendiri.

bagi ak, ak jenis yang layan orang macam mana orang tu layan ak. so, kepada sesiapa yang pernah tolong ak, jangan teragak-agak untuk susahkan ak kalau korang ada masalah. ak pasti akan bantu korang. confirm. tapi itu pn kalau ak dapat bantu lah. IN SYA ALLAH ak akan bantu.